Lawatan Penanda Aras dari Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) UMK
20 Jun 2024, Pusat SMaRRT UMPSA – Pusat SMaRRT telah menerima kunjungan delegasi dari FBKT UMK yang dihadiri oleh YBrs. Prof. Ts. Ir. Dr. Julie Juliewaty Mohamed (Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UMK), YBrs. Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Abdul Hafidz Yusoff (Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan UMK), Prof. Madya Dr. Mahani Yusoff, Dr. Nik Alnur Auli Nik Yusuf dan Ts. Dr. Teo Pao Ter (Penyelaras Program).
Lawatan penanda aras ini adalah bertujuan bagi pembentangan dan perkongsian berkaitan pengenalan kepada program baharu di FBKT iaitu program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Mineral. Pihak FBKT turut berpeluang melawat Makmal Mineral Pusat SMaRRT bagi melihat fasiliti penyelidikan serta mengadakan perbincangan dua hala berkenaan ujian bahan mineral yang terdapat di UMPSA. Terima kasih turut diucapkan kepada YH. Dato’ Ir Ts Dr. Badhrulhisham bin Abdul Aziz atas kesudian hadir bagi bersama-sama menerima delegasi lawatan ini.