Previous Next

Kunjungan Hormat dan Pembentangan kepada Syarikat Pembuatan Peralatan dan IoT berasaskan Mineral di Ankara, Turkiye

17 Mac 2023, Ankara - Pusat ALAM UMP telah mengadakan kunjungan hormat dan pembentangan kepada dua buah syarikat pembuatan peralatan dan IoT berasaskan mineral di Ankara. Delegasi telah menggunakan jalan darat dengan perjalanan Istanbul-Ankara dan mengambil masa selama 6 jam tempoh perjalanan. Objektif perbincangan adalah bagi mewujudkan kerjasama penyelidikan dan inovasi dalam bidang midstream dan downstream mineral dalam sektor pembangunan peralatan-peralatan automotif, industri dan IoT berasaskan mineral. Dua syarikat yang telah dilawati adalah Syarikat Robit dan Syarikat Business Intelligence Bridge (BIB) Ankara. Pusat ALAM UMP dihadiri oleh Pengarah, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Yusri bin Mohd Yunus, YH. Dato' Ir. Ts. Dr. Badhrulhisham bin Abdul Aziz, Felo Perunding Utama, Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad bin Sulaiman, Felo Penyelidik Utama, Encik Mohd Hashim Mohd Saad, Pegawai Penyelidik. Manakala GREAT UMK diwakili oleh Prof. Madya. ChM Ts. Dr. Abdul Hafidz Yusoff, Pengarah Pengurusan Penyelidikan.


Print   Email