Kunjungan hormat Pejabat Tanah dan Galian Negeri Terengganu
20 November 2023 | Pusat SMaRRT, UMPSA - Sesi kunjungan hormat dan lawatan ke Makmal Mineral Pusat Kelestarian Mineral & Teknologi Pemulihan Sumber (Pusat SMaRRT) UMPSA oleh pihak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu telah diadakan pada 20 November 2023 (Isnin). Delegasi telah diketuai oleh YBhg. Dato' Haji Ishamudin Bin Hashim, Pengarah Pejabat Tanah & Galian Negeri Terengganu bersama Encik Muhammad Emree Bin Esmadee, Penolong Pengarah (Hakmilik Strata) dan Encik Ahmad Faizal Bin Yahya, Penolong Pegawai Tadbir (Bahagian Galian). Turut hadir bersama Ketua Pegawai Eksekutif MO Sungai Temau Mines Sdn. Bhd. iaitu wakil dari pihak industri. Tujuan kunjungan hormat ini adalah bagi sesi perbincangan berkaitan bidang mineral serta lawatan ke Makmal Mineral Pusat SMaRRT bagi melihat fasiliti serta memperkenalkan Pusat Kecemerlangan ini kepada pihak PTG Negeri Terengganu.