Previous Next

Taklimat Pembangunan dan Pemprosesan Mineral bersama MIDA Pahang

15 Jun 2023, Universiti Malaysia Pahang - Sesi taklimat telah diadakan pada Khamis, 15 Jun 2023 bersama Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Pahang, Puan Nadia Zam Zam dan Pengurus Bahagian Perindustrian Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Tuan Hj. Md. Daud bin Abdul Rahman yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MO Sungai Temau Mines Sdn. Bhd., Dato' Mohamad Kahiri SOK Abdul Ghaffor. Agenda perbincangan adalah bagi mendapatkan penerangan serta khidmat nasihat pihak MIDA bagi tujuan potensi prospek pelaburan mineral di Pahang.


Print   Email