Previous Next

Lawatan dan Kunjungan Hormat dari Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak

UMP Paya Besar, 3 Februari 2023 – Pusat Kelestarian Ekosistem dan Sumber Alam (Pusat ALAM) UMP telah menerima kunjungan hormat dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak yang dihadiri oleh seramai 45 orang termasuk Timbalan-timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, Pentadbir Tanah Daerah, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Penolong Pengarah Tanah dan Galian Perak serta pegawai PTG Perak yang diketuai oleh YBrs. Puan Nur Azlina binti Othman, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak (Pengurusan).

Pusat ALAM berterima kasih dan amat berbesar hati menerima kunjungan hormat ini yang turut dihadiri oleh YBrs. Profesor Dr. Chong Kwok Feng, Pengarah Kanan Bahagian Kualiti Penyelidikan dan Pusat Kecemerlangan UMP bagi mengalu-alukan kedatangan pihak PTG Perak. Tidak dilupakan kehadiran YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil, Pengarah Jabatan Mineral dan Geologi Negeri Perak yang turut hadir menyertai delegasi lawatan dari PTG Perak. Kunjungan hormat ini diadakan adalah bagi mengadakan sesi perkongsian ilmu mengenai Industri Mineral Kritikal - Nadir Bumi yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Dr. Badhrulhisham bin Abdul Aziz, Felo Perunding Utama Pusat ALAM.


Cetak   Emel