TAMAN TASIK PAYA BESAR – Penganjuran program Gaya Hidup Sihat peringkat PTJ oleh Pusat SMaRRT telah diadakan pada 25 Julai 2024 bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan diri para staf dan membudayakan amalan gaya hidup sihat. Dengan adanya aktiviti brisk walk seperti ini juga mampu mewujudkan persekitaran hidup yang berkualiti. Semoga langkah amalan gaya hidup sihat ini dapat mendorong para staf untuk melakukan aktiviti gaya hidup sihat yang lain dan memberi manfaat berterusan.
30 Mei 2024 | Pusat SMaRRT menerima lawatan kerja dari Triple Golden Innovation (TGI) Kedah yang dihadiri oleh Encik Mohhamad Izhar bin Rahim (Pengarah), Encik Lim Chuan Yik (Timbalan Pengarah) dan P.Geol. Puan Senior Geologist Puan Siti Zaniza Tohar. Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk melihat perkembangan terkini penyelidikan REE di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) serta melihat potensi kolaborasi kerjasama penyelidikan. TGI turut berpeluang melawat fasiliti makmal yang terdapat di UMPSA Kampus Gambang.