Previous Next

Mesyuarat kolaborasi penyelidikan dan lawatan kampus

5 Januari 2024 | Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (UniKL MICET), Melaka Pusat SMaRRT UMPSA yang diwakili oleh Felo Perunding Utama, YH. Dato’ Ir. Ts. Dr. Badhrulhisham bin Abdul Aziz bersama Pegawai serta Penolong Pegawai Penyelidik telah mengadakan kunjungan hormat pada 5 Januari 2024 ke UniKL MICET, Alor Gajah Melaka bagi perbincangan kolaborasi penyelidikan dan lawatan kampus. Kunjungan hormat ini adalah bagi perbincangan potensi kolaborasi penyelidikan antara Pusat SMaRRT UMPSA dan UniKL MICET berkaitan bidang kajian nadir bumi serta lawatan fasiliti di kampus tersebut. Terima kasih diucapkan kepada Dekan IPS UniKL, YBrs. Prof. Ts. Dr. Ahmad Naim Ahmad Yahaya dan Pengarah Centre for STEM Enhancement and TVET (CSET), YBrs. Ts. Dr. Muzafar Zulkifli atas kunjungan hormat ini.


Cetak   Emel