Official Website    

Previous Next

Kunjungan hormat Pejabat Tanah dan Galian Negeri Terengganu

20 November 2023 | Pusat SMaRRT, UMPSA - Sesi kunjungan hormat dan lawatan ke Makmal Mineral Pusat Kelestarian Mineral & Teknologi Pemulihan Sumber (Pusat SMaRRT) UMPSA oleh pihak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu telah diadakan pada 20 November 2023 (Isnin). Delegasi telah diketuai oleh YBhg. Dato' Haji Ishamudin Bin Hashim, Pengarah Pejabat Tanah & Galian Negeri Terengganu bersama Encik Muhammad Emree Bin Esmadee, Penolong Pengarah (Hakmilik Strata) dan Encik Ahmad Faizal Bin Yahya, Penolong Pegawai Tadbir (Bahagian Galian). Turut hadir bersama Ketua Pegawai Eksekutif MO Sungai Temau Mines Sdn. Bhd. iaitu wakil dari pihak industri. Tujuan kunjungan hormat ini adalah bagi sesi perbincangan berkaitan bidang mineral serta lawatan ke Makmal Mineral Pusat SMaRRT bagi melihat fasiliti serta memperkenalkan Pusat Kecemerlangan ini kepada pihak PTG Negeri Terengganu.

Previous Next

Majlis Apresiasi SERiES2022 & Penjenamaan Semula Pusat SMaRRT

26 Oktober 2023, Kuantan – Telah berlangsung Majlis Apresiasi SERiES2022 dan Perasmian Penjenamaan Semula Pusat Kelestarian Mineral & Teknologi Pemulihan Sumber (Pusat SMaRRT) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah di DSH Banquet Hall, Kuantan pada 26 Oktober 2023 (Khamis). Majlis ini diadakan bagi meraikan dan sebagai tanda penghargaan kepada kesemua sekretariat serta penaja yang telah menjayakan 2nd International Conference of Sustainable Earth Resources Engineering 2022 (SERiES 2022) yang telah diadakan di Langkawi pada 18-20 Oktober 2022 yang lepas.

Majlis ini turut diadakan sebagai signifikan perasmian penjenamaan semula Pusat ALAM kepada Pusat SMaRRT berkuatkuasa 5 Julai 2023 bagi memberi impak yang positif serta memperkukuhkan kedudukan dan membentuk imej pusat kecemerlangan ini dikalangan rakan kerjasama dari dalam dan luar negara. Terima kasih diucapkan atas kesudian tetamu kehormat YH. Dato’ Tpr. Harizah Binti Dato’ Haji Hassan, DIMP (Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus), Tuan Mohd Yusri bin Mohd Nor (Pengarah Eksekutif Pahang Skills Development Centre), Penolong Pengarah Kanan, Pengarah Pusat Tanggungjawab (PTJ), wakil penaja serta para jemputan yang hadir ke majlis ini.

Previous Next

UMPSA jalin kerjasama dengan SUK Pahang Barat Plus dan Pahang Skills

3 Oktober 2023 | Kuala Lumpur - UMPSA jalin kerjasama dengan SUK Pahang Barat Plus dan Pahang Skills dalam pembangunan Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) yang berperanan sebagai pusat pembelajaran dengan menawarkan program pendidikan dan latihan serta perkhidmatan teknikal berasaskan industri mineral. AMMP ini melibatkan kerjasama di antara 3 agensi iaitu, Unit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus, Pahang Skills sebagai peneraju dan dibantu oleh pihak UMPSA selaku perunding.

Kredit : UMPSA Malaysia

Foto oleh Khairu Aidilnishah Rizan

Previous Next

Taklimat Berkenaan Unsur Nadir Bumi oleh Pusat SMaRRT UMPSA

KOTA BHARU, 18 September 2023 - Telah berlangsung taklimat berkenaan unsur nadir bumi (REE) oleh Pusat Kelestarian Mineral dan Teknologi Pemulihan Sumber (Pusat SMaRRT) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah yang diwakili oleh YH. Dato' Ir. Ts. Dr. Badhrulhisham bin Abdul Aziz, Felo Perunding Utama dan Puan Siti Zaniza Tohar di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan.

Taklimat ini merupakan anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan - PKINK telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran pihak PKINK yang terdiri daripada YABrs Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Encik Hishamuddin bin Hussein, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK); Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan; Pengurus-pengurus Bahagian Kumpulan; Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak Kumpulan; Timbalan-timbalan Pengurus serta Penolong-penolong Pengurus. Pusat SMaRRT amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak PKINK di atas jemputan ini.

Kredit gambar : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan - PKINK

Previous Next

Kerja lapangan di kuari Malaysia Rock Products Sdn Bhd

13 September 2023 - Kuantan, Pahang Pusat SMaRRT UMPSA yang terdiri daripada beberapa Pegawai dan Penolong Pegawai Penyelidik telah mengadakan lawatan kerja lapangan di kuari Malaysia Rock Products Sdn. Bhd., Panching bagi tujuan pengambilan sampel tanah (overburden). Pusat SMaRRT UMPSA mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan jasa baik pihak Malaysian Rock Products Sdn. Bhd. sepanjang kajian penyelidikan dan pengumpulan data ini dijalankan.

TV Pertiwi - "MALAYSIA KAYA PENGALAMAN PROSES NADIR BUMI"

TV Pertiwi - "MALAYSIA KAYA PENGALAMAN PROSES NADIR BUMI"

TV Pertiwi - "MALAYSIA KAYA PENGALAMAN PROSES NADIR BUMI"

Kredit : TV Pertiwi https://www.facebook.com/tvpertiwiofficial/videos/6459954550789082/

Sub-kategori

Image
— Hubungi
Pusat Kelestarian Mineral & Teknologi Pemulihan Sumber
(Pusat SMaRRT)
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
+609 431 5056
smarrt@umpsa.edu.my

— Capaian Pantas