Official Website    

Previous Next

Kunjungan PETRONAS Research Sdn. Bhd. (PRSB) bagi jaringan kerjasama universiti-industri

28 Disember 2022, Paya Besar - UMP menerima kunjungan daripada PETRONAS Research Sdn. Bhd. (PRSB) bagi jaringan kerjasama universiti-industri. Antara pengisian kunjungan ini adalah sesi dialog bersama Top 2% Scientist UMP. Pihak UMP turut mengadakan sesi perkongsian kejayaan serta amalan terbaik dalam bidang penyelidikan dan penerbitan. Pusat ALAM turut berbesar hati atas lawatan oleh pihak PRSB yang berkesempatan melawat makmal Pusat Kelestarian Ekosistem dan Sumber Alam serta fasiliti yang ditawarkan oleh UMP. Terima kasih En. Mior Zaiga Sariman yang mengetuai delegasi dari PRSB atas kunjungan ke UMP dan diharap sesi perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak serta dapat memperluaskan jaringan kolaborasi pada masa akan datang.

Sumber : UMP Research & Innovation

Previous Next

Mesyuarat bersama Aras Kuasa Sdn. Bhd.

19 Disember 2022, Aras Kuasa Sdn. Bhd. - Mesyuarat bersama Aras Kuasa Sdn. Bhd. berkaitan penubuhan Makmal Ujian Mineral yang dihadiri oleh Pengarah, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Yusri bin Mohd Yunus serta Pegawai Penyelidik, Encik Mohd Hashim bin Mohd Saad.

Previous Next

Kunjungan Hormat Pusat ALAM ke Pejabat Daerah dan Tanah Pekan

7 Disember 2022, Pekan - Kunjungan hormat Pusat ALAM yang dihadiri oleh Felo Perunding Utama Pusat ALAM, YBhg. Dato' Ir. Ts. Dr. Badhrulhisham bin Abdul Aziz dan Felo Penyelidik Utama Pusat ALAM, Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad bin Sulaiman ke Pejabat Daerah dan Tanah Pekan bagi tujuan pengenalan dan penerangan fungsi Pusat ALAM. Ribuan terima kasih diucapkan kepada YH. Dato' Zaliza bin Zulkipli, Pegawai Daerah Pekan serta pihak Pejabat Daerah dan Tanah Pekan di atas kesudian menerima kunjungan kami.

Previous Next

Perbincangan Geran Industri bersama Malaco Mining Sdn. Bhd.

7 Disember 2022, Malaco Group - Perjumpaan bersama Pengerusi Eksekutif, Malaco Mining Sdn. Bhd. , YBhg. Dato' Sia Hok Kiang bagi tujuan perbincangan geran industri (industrial grant) yang dihadiri oleh Pengarah, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Yusri bin Mohd Yunus serta Felo Penyelidik Utama Pusat ALAM, Prof. Madya. Dr. Mazrul Nizam bin Abu Seman.

Previous Next

Latihan Computer Aided Drafting (CAD) kepada Kakitangan Lynas Malaysia Sdn. Bhd.

9-10 November 2022, Universiti Malaysia Pahang - Pusat Kelestarian Ekosistem & Sumber Alam (Pusat ALAM) UMP telah menganjurkan latihan Computer Aided Drafting (CAD) kepada kakitangan Lynas Malaysia Sdn. Bhd. pada 9 hingga 10 November 2022 di Makmal Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia & Proses (FTKKP) UMP. Modul latihan telah dikendalikan oleh Pegawai Latihan Vokasional iaitu Ts. Mohd Masri bin A. Razak, Ts. Mohd Tarmizy bin Che Kar dan Encik Shahrul Azuar bin Mat Roseh. Inisiatif ini dilaksanakan bukan hanya dengan memindahkan pengetahuan dan kebolehan teknikal yang terdapat di UMP kepada industri malah melibatkan pemindahan pengetahuan dan kebolehan teknikal dari industri kepada UMP. Terima kasih diucapkan kepada para peserta dan syabas kepada tenaga pengajar.

Previous Next

Kunjungan Hormat Pusat ALAM ke Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan

5 Disember 2022, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan - Kunjungan hormat Pusat ALAM yang dihadiri oleh YBhg. Pengarah Pusat ALAM, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Yusri bin Mohd Yunus dan Felo Penyelidik Utama Pusat ALAM, Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad bin Sulaiman serta Prof. Madya Dr. Mohd Fakhrurrazi bin Ishak ke Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan bagi tujuan pengenalan dan penerangan fungsi Pusat ALAM yang dipengerusikan oleh Yang Mulia Tengku Dato’ Nor Asmaliza Binti Ku Lah, Pegawai Daerah Kuantan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan di atas kesudian menerima kunjungan kami.

Previous Next

Lawatan ke Makmal Geokimia dan Fizikal Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)

11 November 2022, Jabatan Mineral dan Geosains, Pahang - Pusat ALAM, Universiti Malaysia Pahang yang disertai oleh Felo Perunding Utama, YBhg. Dato' Ir. Ts. Dr. Badhrulhisham bin Abdul Aziz dan Pegawai Penyelidik Pusat ALAM ke Makmal Geokimia dan Fizikal JMG bagi tujuan lawatan ke fasiliti makmal tersebut. Terima kasih di atas kesudian menerima delegasi lawatan Pusat ALAM.

Sub-kategori

Image
— Hubungi
Pusat Kelestarian Mineral & Teknologi Pemulihan Sumber
(Pusat SMaRRT)
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
+609 431 5056
smarrt@umpsa.edu.my

— Capaian Pantas