Official Website    

Previous Next

Sesi Pembentangan Cadangan Penubuhan Akademi Mineral Malaysia (AMMP), Lipis

14 Mac 2023, Genting Highlands - Pembentangan oleh Pusat Alam UMP bagi Cadangan Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) di dalam Mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus Bilangan 1/2023 yang diadakan di Hotel Scapes, Genting Highlands. Mesyuarat dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Pusat ALAM diwakili oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, Felo Penyelidik Utama. Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang ini adalah kerjasama di antara Unit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus, Majlis Daerah Lipis, Yayasan Pahang, PKNP dan Pahang Mining Corporation (PMC).

Previous Next

Mesyuarat Pembangunan Projek Mineral Pusat ALAM UMP - Unit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus

3 Mac 2023 - Sesi perbincangan bagi pembangunan beberapa projek inisiatif Mineral yang akan dilaksanakan di Daerah Lipis telah diadakan di Pejabat Unit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus, Genting Highlands. Sesi perbincangan dipengerusikan oleh YH Dato’ TPr Harizah Binti Dato’ Haji Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus. Pusat ALAM yang diwakili oleh YH Dato’ Ir Ts Dr Badhrulhisham Abd Aziz, Felo Perunding Utama dan Prof Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman, Felo Penyelidik Utama telah membentangkan beberapa inisiatif projek yang mana ianya turut dihadiri oleh wakil daripada Yayasan Pahang Mining, Majlis Daerah Lipis dan Pejabat Daerah Lipis. Hasil daripada perlaksanaan perancangan pembangunan ini nanti ianya dapat merancakkan ekonomi rakyat di Lipis khasnya manakala di Pahang secara amnya. Ia juga akan membuka peluang2 pekerjaan kepada rakyat di bumi Pahang yang makmur ini. Kredit gambar: Felo penyelidik utama Pusat ALAM

Previous Next

Penganjuran Kursus AutoCAD Plant 3D untuk Kakitangan Lynas Malaysia Sdn. Bhd.

UMP Kampus Gambang - Pusat Kelestarian Ekosistem & Sumber Alam (Pusat ALAM) UMP telah menganjurkan AutoCAD Plant 3D pada 20 hingga 24 Februari 2023 di Pusat Kompetensi CC-SISPI - Competence Centre for Smart Integration System in Process Industry FTKKP. Kursus tersebut diadakan bertujuan untuk melatih jurutera proses Lynas Malaysia Sdn Bhd menggunakan perisian AutoCAD yang digunakan secara meluas di dalam industri petrokimia. Modul-modul latihan telah dikendalikan dengan jayanya oleh penceramah jemputan Encik Mohaimie bin Mosmin dan dibantu oleh 3 orang fasilitator yang terdiri daripada Pegawai Latihan Vokasional PRInT iaitu Ts Mohd Fazli bin Ismail, Ts Mohd Tarmizy Bin Che Kar dan En Shahrul Azuar Bin Mat Roseh. Kursus kali ini merupakan siri kedua (intermediate level) yang dianjurkan khusus kepada kakitangan Lynas Malaysia Sdn. Bhd. hasil dari kejayaan penganjuran tahap permulaan (beginner level) kursus AutoCAD pada November yang lepas. Syabas diucapkan kepada semua peserta, penceramah serta fasilitator dalam menjayakan kursus ini.

Previous Next

Lawatan dan Kunjungan Hormat ke Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

9 Februari 2023, Ipoh, Perak - Satu perbincangan dan pembentangan laporan perkhidmatan ujian pemprosesan mineral sampel telah diadakan dan dipengerusikan oleh Dr. Ismail Bin Ibrahim, Ketua Cawangan Pemprosesan Mineral. Seramai 5 orang pegawai penyelidik dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) dan 4 orang wakil dari Pusat ALAM UMP telah hadir perbincangan tersebut yang memfokuskan kepada topik kandungan REE dalam sampel amang. Akhir perbincangan diikuti dengan lawatan ke makmal dan perkongsian ilmu proses pemisahan mineral secara fizikal.

Previous Next

Lawatan dan Kunjungan Hormat dari Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak

UMP Paya Besar, 3 Februari 2023 – Pusat Kelestarian Ekosistem dan Sumber Alam (Pusat ALAM) UMP telah menerima kunjungan hormat dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak yang dihadiri oleh seramai 45 orang termasuk Timbalan-timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, Pentadbir Tanah Daerah, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Penolong Pengarah Tanah dan Galian Perak serta pegawai PTG Perak yang diketuai oleh YBrs. Puan Nur Azlina binti Othman, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak (Pengurusan).

Pusat ALAM berterima kasih dan amat berbesar hati menerima kunjungan hormat ini yang turut dihadiri oleh YBrs. Profesor Dr. Chong Kwok Feng, Pengarah Kanan Bahagian Kualiti Penyelidikan dan Pusat Kecemerlangan UMP bagi mengalu-alukan kedatangan pihak PTG Perak. Tidak dilupakan kehadiran YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil, Pengarah Jabatan Mineral dan Geologi Negeri Perak yang turut hadir menyertai delegasi lawatan dari PTG Perak. Kunjungan hormat ini diadakan adalah bagi mengadakan sesi perkongsian ilmu mengenai Industri Mineral Kritikal - Nadir Bumi yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Dr. Badhrulhisham bin Abdul Aziz, Felo Perunding Utama Pusat ALAM.

Previous Next

Perjumpaan bersama YBhg. Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak

9 Februari 2023, Perak - Telah berlangsung satu perjumpaan bersama YBhg. Dato' Mohamad Fariz Bin Mohamad Hanip, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak bertempat di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak bagi membincangkan prospek projek REE yang dihadiri oleh YBrs. Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Yusri bin Mohd Yunus,Pengarah Pusat ALAM serta Felo Penyelidik Utama dan Pegawai Penyelidik Pusat ALAM.

Perjumpaan bersama Technology Solutions Group - Perbadanan Teknologi Hijau Dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC)

Perjumpaan bersama Technology Solutions Group - Perbadanan Teknologi Hijau Dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC)

19 Januari 2023, Kuantan - Pusat ALAM Universiti Malaysia Pahang telah mengadakan perjumpaan bersama pihak Perbadanan Teknologi Hijau Dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) iaitu bersama Ts. Nik Mohd Haikal bin Mohd Shafie (Technical Specialist - Energy Efficiency & Renewable Energy) dan Encik Mohd Khairil bin Rumli (Analyst - Energy Efficiency & Renewable Energy) bagi usaha sama perbincangan projek penyelidikan berkaitan yang dihadiri oleh Pengarah, Felo Perunding Utama dan Dr. Abdul Halim bin Abd Razik (Felo Penyelidik Utama Pusat ALAM).

Subcategories

Image
— Contact
Pusat Kelestarian Mineral & Teknologi Pemulihan Sumber
(Pusat SMaRRT)
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
+609 431 5056
smarrt@umpsa.edu.my

— Quick Link