20 November 2023 | Pusat SMaRRT, UMPSA - Sesi kunjungan hormat dan lawatan ke Makmal Mineral Pusat Kelestarian Mineral & Teknologi Pemulihan Sumber (Pusat SMaRRT) UMPSA oleh pihak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu telah diadakan pada 20 November 2023 (Isnin). Delegasi telah diketuai oleh YBhg. Dato' Haji Ishamudin Bin Hashim, Pengarah Pejabat Tanah & Galian Negeri Terengganu bersama Encik Muhammad Emree Bin Esmadee, Penolong Pengarah (Hakmilik Strata) dan Encik Ahmad Faizal Bin Yahya, Penolong Pegawai Tadbir (Bahagian Galian). Turut hadir bersama Ketua Pegawai Eksekutif MO Sungai Temau Mines Sdn. Bhd. iaitu wakil dari pihak industri. Tujuan kunjungan hormat ini adalah bagi sesi perbincangan berkaitan bidang mineral serta lawatan ke Makmal Mineral Pusat SMaRRT bagi melihat fasiliti serta memperkenalkan Pusat Kecemerlangan ini kepada pihak PTG Negeri Terengganu.
KOTA BHARU, 18 September 2023 - Telah berlangsung taklimat berkenaan unsur nadir bumi (REE) oleh Pusat Kelestarian Mineral dan Teknologi Pemulihan Sumber (Pusat SMaRRT) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah yang diwakili oleh YH. Dato' Ir. Ts. Dr. Badhrulhisham bin Abdul Aziz, Felo Perunding Utama dan Puan Siti Zaniza Tohar di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan.
Taklimat ini merupakan anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan - PKINK telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran pihak PKINK yang terdiri daripada YABrs Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Encik Hishamuddin bin Hussein, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK); Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan; Pengurus-pengurus Bahagian Kumpulan; Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak Kumpulan; Timbalan-timbalan Pengurus serta Penolong-penolong Pengurus. Pusat SMaRRT amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak PKINK di atas jemputan ini.
Kredit gambar : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan - PKINK