13 September 2023 - Kuantan, Pahang Pusat SMaRRT UMPSA yang terdiri daripada beberapa Pegawai dan Penolong Pegawai Penyelidik telah mengadakan lawatan kerja lapangan di kuari Malaysia Rock Products Sdn. Bhd., Panching bagi tujuan pengambilan sampel tanah (overburden). Pusat SMaRRT UMPSA mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan jasa baik pihak Malaysian Rock Products Sdn. Bhd. sepanjang kajian penyelidikan dan pengumpulan data ini dijalankan.
GENTING HIGHLANDS, 23 & 24 Ogos 2023 - Telah berlangsung Bengkel Penyediaan Modul Bagi Kursus Pendek, Sijil dan Diploma Akademi Mineral Malaysia Pahang bertempat di Pejabat Daerah Kecil Genting bersama pihak Unit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif UPWEPBP, YH. TPr. Dato' Harizah binti Dato' Haji Hassan, DIMP. Usaha gerak kerja pelaksanaan akademi ini turut mendapat penglibatan Pusat Kelestarian Mineral & Teknologi Pemulihan Sumber (Pusat SMaRRT) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah iaitu bagi membentangkan senarai kursus-kursus sedia ada di universiti ini khusus berkaitan mineral.
