Official Website    

Previous Next

Latihan Computer Aided Drafting (CAD) kepada Kakitangan Lynas Malaysia Sdn. Bhd.

9-10 November 2022, Universiti Malaysia Pahang - Pusat Kelestarian Ekosistem & Sumber Alam (Pusat ALAM) UMP telah menganjurkan latihan Computer Aided Drafting (CAD) kepada kakitangan Lynas Malaysia Sdn. Bhd. pada 9 hingga 10 November 2022 di Makmal Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia & Proses (FTKKP) UMP. Modul latihan telah dikendalikan oleh Pegawai Latihan Vokasional iaitu Ts. Mohd Masri bin A. Razak, Ts. Mohd Tarmizy bin Che Kar dan Encik Shahrul Azuar bin Mat Roseh. Inisiatif ini dilaksanakan bukan hanya dengan memindahkan pengetahuan dan kebolehan teknikal yang terdapat di UMP kepada industri malah melibatkan pemindahan pengetahuan dan kebolehan teknikal dari industri kepada UMP. Terima kasih diucapkan kepada para peserta dan syabas kepada tenaga pengajar.

Previous Next

Lawatan ke Makmal Geokimia dan Fizikal Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)

11 November 2022, Jabatan Mineral dan Geosains, Pahang - Pusat ALAM, Universiti Malaysia Pahang yang disertai oleh Felo Perunding Utama, YBhg. Dato' Ir. Ts. Dr. Badhrulhisham bin Abdul Aziz dan Pegawai Penyelidik Pusat ALAM ke Makmal Geokimia dan Fizikal JMG bagi tujuan lawatan ke fasiliti makmal tersebut. Terima kasih di atas kesudian menerima delegasi lawatan Pusat ALAM.

Previous Next

Kunjungan Hormat oleh Unit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

10 November 2022, Universiti Malaysia Pahang – Pusat ALAM Universiti Malaysia Pahang amat berbesar hati menerima kunjungan hormat dari Unit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK) yang terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Dato’ TPr. Harizah Binti Dato’ Haji Hassan, Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Encik Mohd Aizuddeen Bin Mohammad Meseztor dan Penolong Pegawai Tanah, Encik Muhammad Haziq bin Hisham serta disertai oleh Encik Wan Mohd. Harisuddin Bin Wan Mohd. Hamzan dari Pahang Mining Corporation (PMC). Sesi mesyuarat dan perbincangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pusat ALAM dan diteruskan dengan lawatan ke Makmal FTKKP. Pusat ALAM amat berterima kasih di atas kunjungan hormat ini.

Previous Next

Lawatan Akademi Sains Malaysia (ASM)

4 November 2022, Universiti Malaysia Pahang - Pusat ALAM berbesar hati di atas kunjungan pihak Akademi Sains Malaysia ke Universiti Malaysia Pahang bagi mendapatkan gambaran serta perbincangan tentang pemprosesan, penyelidikan dan pembangunan kajian nadir bumi. Akademi Sains Malaysia turut berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke Makmal Berpusat, Makmal FTKPP dan ruang pembangunan Makmal Mineral Pusat ALAM. Kami berterima kasih di atas kesudian pihak ASM dan semua jemputan yang hadir pada lawatan ini.

Previous Next

Business Meeting with AirAsia Berhad

13 October 2022, AirAsia RedQ KLIA2A - A business meeting with AirAsia Berhad related to "Food Waste Management AirAsia - UMP" was held on 13 October 2022 at AirAsia RedQ, KLIA2. This meeting was attended by representatives of the Pusat ALAM, the Director - Assoc. Prof. Ts. Dr. Mohd Yusri bin Mohd Yunus with two Principal Research Fellows - Dr. Noormazlinah binti Ahmad and Dr. Abdul Halim bin Abdul Razik. Pusat ALAM was very grateful for this discussion for the purpose of future potential collaboration.

Previous Next

2nd International Conference of Sustainable Earth Resources Engineering 2022 (SERiES2022)

18 - 20th October 2022, Hotel Bayview, Langkawi, Malaysia - The 2nd International Conference of Sustainable Earth Resources Engineering 2022 (SERiES 2022) was successfully organized by Pusat ALAM Universiti Malaysia Pahang together with The 17th Regional Geoscience Congress of Southeast Asia 2022 (GEOSEA XVII) organized by Geological Society of Malaysia (GSM). Pusat ALAM was grateful and thankful to Associate Prof. Ts. Dr. Mohd. Rusllim Mohamed - Deputy Vice-Chancellor (Student Affairs & Alumni) of UMP for attending the opening ceremony of our international conference. Congratulations to all who make this event happened including our co-organizers, collaborator, exhibitors, and sponsors. Thank you to all scientific committee, paper contributors and participants. Thank you very much to the hardworking committee members and all for making this conference a success!!

Previous Next

Lawatan ke Tapak bagi Pengambilan Sampel Sisa Air di Sungai Batu Pahat, Johor

27 September 2022, Sungai Batu Pahat, Johor - Lawatan ke tapak bagi pengambilan sampel sisa air telah diadakan pada 27 dan 28 September 2022 di lokasi sepanjang Sungai Batu Pahat. Lawatan ini telah diketuai oleh Dr. Noormazlinah binti Ahmad (Felo Penyelidik Utama Pusat ALAM) dan turut disertai oleh Penolong Pegawai Penyelidik serta Pasca Doktoral Pusat ALAM. Pusat ALAM berterima kasih kepada pihak Badan Kawalselia Air Johor (BKAJ) di atas kerjasama sepanjang lawatan ini berlangsung.

Subcategories

Image
— Contact
Pusat Kelestarian Mineral & Teknologi Pemulihan Sumber
(Pusat SMaRRT)
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
+609 431 5056
smarrt@umpsa.edu.my

— Quick Link