Official Website    

Previous Next

Perbincangan Pelaksanaan Pembangunan Akademi Mineral Malaysia Pahang bersama Pahang Skills Development Centre dan SUK (Unit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus)

15 Jun 2023, Universiti Malaysia Pahang - Sesi perbincangan berkenaan pembangunan Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) telah berlangsung pada hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus - YH. Dato' TPr. Harizah binti Dato' Haji Hassan, YBhg. Pengarah JMG Pahang - Dato' Nurul Huda bin Romli, Pengarah Pusat kecemerlangan dan Kajian Teknikal (CENTREX) - Encik Nasrul Rahman bin Abdullah serta Puan Norizan binti Abdullah - Penolong Pengarah CENTREX.

Previous Next

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat ALAM 1444H / 2023M

9 Mei 2023 - Pusat ALAM Universiti Malaysia Pahang telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 pada 9hb Mei 2023 bersamaan 18 Syawal 1444H bertempat di Pejabat Pusat ALAM UMP Gambang. Sambutan Aidilfitri disambut meriah dengan kehadiran para tetamu jemputan dan pelbagai menu hari raya untuk dinikmati semua. Sambutan ini bertujuan untuk beramah mesra serta mengeratkan silaturahim sempena Aidilfitri.

Previous Next

Kunjungan Hormat dan Pembentangan kepada Syarikat Pembuatan Peralatan dan IoT berasaskan Mineral di Ankara, Turkiye

17 Mac 2023, Ankara - Pusat ALAM UMP telah mengadakan kunjungan hormat dan pembentangan kepada dua buah syarikat pembuatan peralatan dan IoT berasaskan mineral di Ankara. Delegasi telah menggunakan jalan darat dengan perjalanan Istanbul-Ankara dan mengambil masa selama 6 jam tempoh perjalanan. Objektif perbincangan adalah bagi mewujudkan kerjasama penyelidikan dan inovasi dalam bidang midstream dan downstream mineral dalam sektor pembangunan peralatan-peralatan automotif, industri dan IoT berasaskan mineral. Dua syarikat yang telah dilawati adalah Syarikat Robit dan Syarikat Business Intelligence Bridge (BIB) Ankara. Pusat ALAM UMP dihadiri oleh Pengarah, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Yusri bin Mohd Yunus, YH. Dato' Ir. Ts. Dr. Badhrulhisham bin Abdul Aziz, Felo Perunding Utama, Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad bin Sulaiman, Felo Penyelidik Utama, Encik Mohd Hashim Mohd Saad, Pegawai Penyelidik. Manakala GREAT UMK diwakili oleh Prof. Madya. ChM Ts. Dr. Abdul Hafidz Yusoff, Pengarah Pengurusan Penyelidikan.

Previous Next

Kunjungan Hormat dan Pembentangan kepada Delta Marine

16 Mac 2023, Istanbul - Pusat ALAM UMP telah mengadakan kunjungan hormat dan pembentangan kepada Deltamarine iaitu sebuah industri pembuatan kapal dan kilang pembuatan baja di Teknopark Istanbul. Objektif perbincangan adalah bagi mewujudkan kerjasama penyelidikan dan inovasi dalam bidang midstream dan downstream mineral dalam sektor pembangunan kapal dan pembuatan baja di antara Deltamarine - Pusat ALAM UMP. Delegasi Pusat ALAM UMP diketuai oleh Pengarah, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Yusri bin Mohd Yunus, YH. Dato’ Ir. Ts. Dr Badhrulhisham bin Abdul Aziz, Felo Perunding Utama, Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad bin Sulaiman, Felo Penyelidik Utama, En Mohd Hashim Mohd Saad, Pegawai Penyelidik. Manakala GREAT UMK diwakili oleh Prof. Madya ChM Ts. Dr.Abdul Hafidz Yusoff, Pengarah Pengurusan Penyelidikan. Manakala pihak Delta Marine diketuai oleh Mr Dirim Sener, Business Development Director.

Kosmo! "Adakah sisa industri Lynas berbahaya?"

Kosmo! "Adakah sisa industri Lynas berbahaya?"

Keratan akhbar : Kosmo! 15 Mac 2023

Previous Next

Seminar Nadir Bumi bersama Istanbul Technical University (ITU)

15 Mac 2023, Istanbul Technical University (ITU) - Pusat ALAM UMP bersama Istanbul Technical University (ITU) menganjurkan seminar nadir bumi, di mana Pusat ALAM UMP membentangkan 3 kertas kerja disamping 1 kertas kerja daripada Pusat Teknousahawan Emas, Nadir Bumi dan Bahan (GREAT) UMK dan 6 kertas kerja dari ITU, Naten Tenmak (agensi penyelidikan nadir bumi negara Turkiye), dan syarikat swasta Tubitak MAM. Pusat ALAM UMP dihadiri oleh Pengarah, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Yusri Mohd Yunus, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Dr. Badhrulhisham Abd Aziz, Felo Perunding Utama, Prof. Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman, Felo Penyelidik Utama, En Mohd Hashim Mohd Saad, Pegawai Penyelidik. Manakala GREAT UMK diwakili oleh Prof. Madya ChM Ts Dr Abdul Hafidz Yusoff, Pengarah Pengurusan Penyelidikan. Objektif seminar adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan bertukar pandangan dalam isu pemprosesan nadir bumi, kitarsemula (circular economy), kelestarian dan perlombongan bertanggungjawab. Pusat ALAM UMP dan ITU akan mengadakan kerjasama dalam bidang penyelidikan nadir bumi melalui MOU yang dirancang untuk dimeterai dalam masa terdekat.

Source : Faculty of Chemical and Metallurgical Engineering ITU

Previous Next

Kunjungan Hormat Pusat ALAM ke Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul, Turkiye

14 Mac 2023, Istanbul, Turkiye - Pusat ALAM pada 14 Mac 2023 telah mengadakan kunjungan hormat ke Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul sebagai langkah pertama dalam sesi lawatan kerja ke Turkiye. Pengarah Pusat ALAM, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Yusri Bin Mohd Yunus yang mengetuai delegasi telah menerangkan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang lawatan kerja rasmi luar negara ini kepada pembantu khas Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul semasa sesi ramah mesra tersebut. Diharapkan jalinan kerjasama Pusat ALAM dan agensi-agensi berkaitan di Istanbul yang sedang dijana akan membuahkan hasil dengan bantuan pihak Pejabat Konsulat.

Subcategories

Image
— Contact
Pusat Kelestarian Mineral & Teknologi Pemulihan Sumber
(Pusat SMaRRT)
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
+609 431 5056
smarrt@umpsa.edu.my

— Quick Link